Membina Kehidupan Yang Lebih Bermakna & Sejahtera

MISI KAMI

Menyediakan perlindungan menyeluruh dan peluang pendidikan kepada anak-anak yatim, asnaf, mangsa seksual serta ibu tunggal yang terpinggir supaya mereka dapat berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.

rumah jalinan Kasih

Tempat Perlindungan Dan Pengisian Kasih Sayang

Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih (RJK) lebih dikenali sebagai Rumah Jalinan Kasih merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan Organisasi Bukan Keuntungan (NPO) yang ditubuhkan pada tahun 2019. Rumah Kebajikan ini diusahakan untuk melindung dan mengisi kasih saying kepada anak-anak yatim piatu, asnaf terabai, mangsa penderaan seksual dan ibu tunggal yang kebanyakan dihantar ke sini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

IMPAK KAMi

Pencapaian
Rumah Jalinan Kasih (RJK)

Rumah Jalinan Kasih diasaskan dan dikendalikan oleh Ibu Ella sejak 2010 di Cheras, yang sampai sekarang beliau masih aktif menguruskan operasi harian pertubuhan ini.

Rumah ini telah menyelamatkan puluhan anak-anak dari sejarah hitam hidup mereka. Ia akan sentiasa menjadi tempat untuk mereka berlindung dan mengisi kasih sayang mereka.

Diusahakan > 15 Tahun Sejak Tahun 2010
0 +
Ditubuhkan Secara Rasmi > 5 Tahun Sejak Tahun 2019
0 +
Bilangan Anak Kini Hampir 60
0 +
Membantu Seramai 200 Anak-Anak Yatim Asnaf
0 +

Aktiviti Dan Hebahan

SERTAI GERAKAN KAMI

Sekecil-Kecil Perkara, Sebesar-Besar Impak

Rumah Jalinan Kasih tetap berusaha sebagai pelindung dan pembela kepada anak-anak yatim, anak-anak asnaf, serta anak-anak yang terabai.

Sokongan sektor korporat atau individu amatlah penting dalam meneruskan usaha kami untuk menampung kos operasi dan memenuhi keperluan asas harian penghuni.

Bantulah kami demi perubahan positif dan membina masyarakat yang lebih adil. Kami percaya bahawa dengan bekerjasama, dunia boleh menjadi lebih baik.

BERSAMA KITA LINDUNGI ANAK-ANAK YATIM & ASNAF

“Orang yang menanggung anak yatim miliknya atau milik orang lain, aku dan dia seperti dua jari ini (Nabi SAW mengisyaratkan dengan dua jari Baginda SAW) di syurga”. (Riwayat Muslim no. 2983).

Scroll to Top