Sumbangan
Saat Kita Memberi, Kita Akan Menerima
Rumah Jalinan Kasih berperanan penting dalam memberi perlindungan serta peluang pendidikan kepada golongan yang kurang bernasib baik. Diasaskan oleh Puan Ella sejak 2010 dan kini berusaha memperkukuh asas dengan membina rumah tetap. Pendekatan ini menekankan bukan sahaja pemeliharaan fizikal, tetapi juga pembangunan emosi dan sosial penghuni.
“APA YANG KITA LAKUKAN UNTUK ORANG LAIN, SUATU SAAT PASTI AKAN KEMBALI”
Disaat kita melakukan sesuatu dan menolong untuk orang lain, sebenarnya kita sedang melakukan sesuatu untuk diri kita sendiri.
Kita diingatkan untuk tidak jemu-jemu berbuat baik. Ini sebuah rahsia kehidupan untuk hidup yang penuh berkah, berkelimpahan dan bahagia.
Bantulah anak-anak yatim dan asnaf di Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih. Semoga usaha bersama ini dapat merealisasikan impian anak-anak ini. Kami doakan anda dikurniakan keberkatan hidup asbab bantu anak-anak yatim dan asnaf di sini. In shaa Allah.
Pihak Ruman Jalinan Kasih dengan rendah hati ini memohon rayuan daripada tuan dan puan yang budiman di luar sana untuk bersama memberi harapan kepada mereka yang kurang bernasib baik supaya mereka kuat untuk meneruskan kehidupan pada masa akan datang.
Sumbangan anda boleh disalurkan melalui akaun berikut:
Nama Bank : Maybank
Nama Akaun : Rumah Jalinan Kasih
No. Akaun : 5648 5631 7784
