Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) dan Kumpulan Jakel meraikan anak anak yatim serta asnaf menerusi program Shopping Raya sempena menyambut ketibaan Syawal.
SEDA dalam kenyataan hari ini memaklumkan program itu adalah sebahagian daripada CSR Corporate Social Responsibility dan merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan sejak 2021 bersame Non profits Charitable NGO Malaysia.
Ketua Pegawai Operasi SEDA Koh Keng Sen berkata program itu melibatkan sukarelawan volunteer Kumpulan Jakel menyantuni 39 anak yatim dan miskin Rumah Jalinan Kasih, Cheras dengan membantu mereka memilih kelengkapan Aidilfitri.
Program Shopping Raya ini bertujuan untuk meringankan beban mereka yang kurang berkemampuan sekali gus berkongsi kemeriahan Aidilfitri dengan harapan program ini dapat memberikan keceriaan kepada anak anak rumah perlindungan kebajikan dan menyemarakkan lagi amalan bersedekah di bulan Ramadan.
Sejumlah RM20,000 sedekah bagi program ini untuk pembelian sepersalinan kelengkapan raya oleh anak anak Rumah Jalinan Kasih yang berumur satu hingga 17 tahun serta sumbangan berbentuk goodies dan duit raya.
