MR DIY Raya Serba Baharu, Raya Lebih Bermakna


MR DIY menerusi pasukan sukarelawan volunteer MR DIY CARES terus menyebarkan kegembiraan Hari Raya Aidilfitri dengan memilih dua rumah kebajikan dan perlindungan di Kuala Lumpur pada musim perayaan ini.

Non profit NGO berkenaan adalah pusat jagaan warga emas Mesra Home Ampang serta Pertubuhan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak-anak Yatim dan Miskin di Cheras.

Selain aktiviti gotong royong kasih sayang, pasukan sukarelawan volunteer turut menceriakan penghuni dua rumah kebajikan berkenaan menerusi aktiviti permainan, nyanyian dan sesi berbuka puasa Ramadan. Mereka turut menerima bekalan barangan keperluan harian, kelengkapan elektrik serta baucar tunai bernilai RM1,000 daripada Yayasan MR DIY dan MR DOLLAR sebagai persediaan menyambut lebaran, selain menerima sumbangan duit raya.

Ketua Pemasaran Kumpulan MR DIY, Alex Goh yang mengulas mengenai inisiatif corporate social responsibility terbabit berkata. sudah menjadi tradisi MR DIY sejak sekian lama untuk menjalinkan kerjasama dengan kumpulan komuniti dan organisasi NGO Malaysia. Kami ingin mencipta kenangan Hari Raya yang bermakna dan kami berharap lebih banyak syarikat korporat turut menjalankan inisiatif sama, katanya.

Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih (RJK) lebih dikenali sebagai Rumah Jalinan Kasih merupakan sebuah Not for Profit Charity NGO yang ditubuhkan pada tahun 2019. Rumah Kebajikan ini diusahakan untuk melindung dan mengisi kasih saying kepada anak-anak yatim piatu, asnaf terabai, mangsa penderaan seksual dan ibu tunggal yang kebanyakan dihantar ke sini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Scroll to Top