Tentang RJK
Prihatin Bersama, Berilmu, Bertaqwa & Berdikari
Berkongsi kisah perjalanan Rumah Jalinan Kasih (RJK), pengasas Norlela Othman, seorang ibu terkenal dengan panggilan Puan Ella atau lebih mesra Ibu Ella menceritakan bagaimana beliau mengusahakan rumah kebajikan ini sejak tahun 2010. Rumah perlindungan yang bertempat di Cheras pada ketika itu lebih dikenali sebagai Persatuan Kebajikan Rumah Jalinan Kasih Anak Yatim Miskin Selangor.
Persatuan Kebajikan Dan Perlindungan Rumah Jalinan Kasih ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2019 bersama jawatankuasa yang lain telah membantu serta membesarkan anak-anak yatim asnaf seramai 200 orang.
Matlamat utama penubuhan rumah kebajikan ini adalah untuk melindung dan mengisi kasih saying kepada anak-anak yatim piatu, asnaf terabai, mangsa penderaan seksual dan ibu tunggal yang kebanyakan dihantar ke sini oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Pengasas / Pengurus
Rumah Jalinan Kasih
Norlela Othman (Puan Ella/Ibu Ella)
Impian beliau ialah untuk memberi keselesaan dan kemudahan buat anak-anak disini dan memberi harapan buat mereka untuk meneruskan kehidupan mereka. Melihat wajah anak-anak ini gembira pun dah cukup bermakna disamping mahu melihat mereka berjaya.
Visi & Misi
Visi Kami :
Menyediakan perlindungan menyeluruh dan peluang pendidikan kepada anak-anak
yatim, asnaf, mangsa seksual serta ibu tunggal yang terpinggir supaya mereka
dapat berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Misi Kami :
1. Menampung keperluan asas – makanan, pakainan, tempat tinggal, Kesihatan dan pendidikan bagi golongan yang kurang bernasib baik.
2. Mengumpul dan mengagihkan sumbangan barangan (makanan, pakaian, perabot, barangan bayi dan keperluan harian) kepada penghuni dan komuniti asnaf.
3. Memberi tempat tinggal dan persekitaran kekal yang stabil, senang dalam usaha menampung lebih ramai anak yatim dan asnaf.
